Salam kepada pembaca.Agak lama saya tidak menulis di blog.maklumlah banyak perkara yang masih belum selesai.
Baru baru ini saya ada berjumpa dengan sahabat lama saya ..lama jugak tak jumpa..maklumlah masing masing sibuk...cerita punya cerita..terperasanlah saya kawan saya ni dah pakai telefon baru..saya pun beleklah telefon dia...tanya dia amacam ok tak funtion dia...kawan saya jawab..."aku sms dengan call je"....ceh...baik tak yah beli telefon mahal dan advance kalau setakat nak sms dan call je....
Selepas pada tu saya terpikir yang memang ramai antara kita yang memiliki telefon yang mahal dan advance seperti Blackberry dan Iphone tapi hanya untuk sms dan call je...tak pun untuk "melawa" je....apa barang....sepatutnya telefon tersebut digunakan sepenuhnya ....Bukan setakat melawa je.
Contohnya blackberry dan iphone merupakan antara dua alat perhubungan yang memberikan kita apa sahaja yang diperlukan "on the go"..Internet dan email dimana sahaja.Kata orang semua dihujung jari anda.
Tetapi yelah kekadang pandangan orang bermacam macam ..Seperti saya pengguna setia blackberry (peh promote lagi) pada saya adalah rugi tidak menggunakan apa sahaja kemudahan yang ada pada telefon tersebut...Bagi saya semua yang saya perlukan saya boleh dapat di telefon saya...internet , email, facebook..blog...website browsing...kata orang macam macam ada...hee..hee
Jadi pada kawan kawan kita yang memiliki telefon yang mempunyai pelbagai kegunaan jangan biarkan ia setakat call dan sms je...isk buat malu je....adios
squalleonhart06