Terima kasih ayah


Cerita dibawah dipetik dari satu blog yang patut dikongsi bersama

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak….

” Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.
“Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.

Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’, tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara.

Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah.

Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
“Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.

DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa?

MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
squalleonhart06

Apa guna handphone anda?



Salam kepada pembaca.Agak lama saya tidak menulis di blog.maklumlah banyak perkara yang masih belum selesai.

Baru baru ini saya ada berjumpa dengan sahabat lama saya ..lama jugak tak jumpa..maklumlah masing masing sibuk...cerita punya cerita..terperasanlah saya kawan saya ni dah pakai telefon baru..saya pun beleklah telefon dia...tanya dia amacam ok tak funtion dia...kawan saya jawab..."aku sms dengan call je"....ceh...baik tak yah beli telefon mahal dan advance kalau setakat nak sms dan call je....

Selepas pada tu saya terpikir yang memang ramai antara kita yang memiliki telefon yang mahal dan advance seperti Blackberry dan Iphone tapi hanya untuk sms dan call je...tak pun untuk "melawa" je....apa barang....sepatutnya telefon tersebut digunakan sepenuhnya ....Bukan setakat melawa je.

Contohnya blackberry dan iphone merupakan antara dua alat perhubungan yang memberikan kita apa sahaja yang diperlukan "on the go"..Internet dan email dimana sahaja.Kata orang semua dihujung jari anda.

Tetapi yelah kekadang pandangan orang bermacam macam ..Seperti saya pengguna setia blackberry (peh promote lagi) pada saya adalah rugi tidak menggunakan apa sahaja kemudahan yang ada pada telefon tersebut...Bagi saya semua yang saya perlukan saya boleh dapat di telefon saya...internet , email, facebook..blog...website browsing...kata orang macam macam ada...hee..hee

Jadi pada kawan kawan kita yang memiliki telefon yang mempunyai pelbagai kegunaan jangan biarkan ia setakat call dan sms je...isk buat malu je....adios
squalleonhart06

Are lucky today


Are you lucky today????shockvideo

Human the stupidest species on earth


Do you agree??? shockvideo

Still drinking coca cola?

Please dont kill yourself ..shockvideo

When you add Coke to raw pork



Do you still to eat pork ?shockvideo

Making money on the internet

You don't have to use a website to make money on the net. The are several ways to profit online without requiring an e-commerce website.

Here's how:

  1. Sell on eBay.eBay is the largest auction website in the world. eBay has been helping tons of people to own and operate a home-based or small business. Online entrepreneurs can start an ebay business with little initial capital and sell their products in eBay without spending money on advertising and promotion because ebay has done all the promotion works for the sellers. There are now more than 2 millions people visiting ebay everyday and many of them are potential buyers. You may begin your ebay business by selling your old stuff in basement.

  2. Sign Up OffersThere are many companies willing to pay people who sign up and try their offers. You can find these companies from Treasuretrooper.com. Anyone can join treasuretrooper free. Currently the site has over 300 paid offers in the database and most of the offers are targeted to US resident only. Earning per offer ranks from $0.50 to $35.00.

  3. Write ArticleThere are many webmasters need new and fresh articles for publishing on their website. You can make extra money by supplying your articles to them.

  4. Paid SurveyTaking online paid survey is an old way to make money online but it can be a great source of extra income. To receive paid survey invitation frequently, you should join as many market survey companies as possible . Yellowsurveys.com is a website that provides a long list of survey companies that offer paid surveys.

  5. Post Message on Forum.If you have been discussing webmaster related topics in forums for free. You may think about joing webmastersroom forum and earn money for every message posted by you. The owner pays $0.05 per new thread opened and $0.02 per reply on any thread. In addition of that, the forum also shares AdSense revenue with members.

  6. Share VideoFlixya.com and Thevideosense.com are two video sharing websites that allow members to earn AdSense commission by uploading their videos from YouTube and Google Video. Members AdSense ads will be displayed on all their video pages to generate AdSense revenue. The AdSense commission you can earn will depend on the page views of your video pages. The more page views the greater the earning.
squalleonhart06
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...